CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 10, 2009

pak karim yg jujur..

Pada satu hari, Pak Karim pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila
lalu kat kawasan tasik, Pak Karim tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Karim.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Karim: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Karim: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Karim: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Karim: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Karim yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Karim berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye pulak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Karim susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Karim..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Karim: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Jessica Alba.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Karim menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Karim menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Jessica Alba... kau akan bawakan pula Jennifer Aniston...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"..

0 comments: